Search This Blog

Monday, November 5, 2012

 
Sinopsis
 
Pertemuan pertama antara Qaseh Hazwani dan Ikmal Hisham membibitkan rasa benci dan prasangka. Namun, dalam diam masing-masing menyimpan rasa hati. Sayangnya, rasa cinta itu dipendamkan kerana diracuni salah sangka.

Ikmal bukan mata keranjang biarpun Lydia tergila-gilakannya setengah mati. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perasaannya. Lydia yang kecewa nekad mahu mengenakan Qaseh. Tindakan Lydia telah menghancurkan kepercayaan Qaseh terhadap Ikmal.

“Awak dah salah sangka pada saya. Saya bukannya nak kahwin dengan dia. Saya tahu awak bencikan saya kerana peristiwa tu. Bagi awak, saya ni lelaki yang tak bermaruah, lelaki yang suka berpoya-poya dan gatal. Itu yang awak fikir tentang saya, kan? Saya sayangkan awak dan nak awak jadi isteri saya.” Ikmal merayu.

Malangnya, Qaseh sudah nekad untuk pergi jauh. Ikmal semakin panasaran. Seorang pergi, seorang lagi menanti… Di manakah titik pertemuan mereka?

“Cinta datang sendiri dan kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta...”


“Kira jangan nak tuduh mak abang yang buat. Mak abang tak jahat macam tu! Kira kalau tak nak anak tu, jangan berani nak tuduh mak pulak yang nak hancurkan rumah tangga kita!”

Itulah Haziq. Anak yang sangat menurut kata. Apa saja yang emaknya kata, semua betul. Sebagai isteri, Kirana tidak pernah menafikan hak Haziq sebagai anak lelaki. Cuma satu yang dia pinta, tolong jangan sakiti hatinya.

“Kalaulah tamparan abang tu boleh bayar semua kebahagiaan yang Kira dah bagi pada abang selama ni, silakan! Pipi Kira takkan rasa sakit dan Kira takkan mengadu pada sesiapa sebab Kira nak abang bahagia.”

Selama ini, Kirana hanya mendiamkan diri. Segala perbuatan emak mertuanya langsung tidak dipedulikan. Baginya, inilah pengorbanan yang harus dibuat untuk terus bersama Haziq. Tapi, sampai bila? Kesabarannya kian menipis. Bila tiba saat itu, dia harus membawa diri.

“Haziq… selamat tinggal. Diriku usah dicari lagi. Andai ada jodoh, pasti kita bertemu semula. Jika tidak… anggaplah semua ini kenangan terindah.”